Rabu, 5 Disember 2012

Penggunaan Kata Hubung Dalam Lagu Kanak-Kanak


Lirik Lagu Ulat dan Kepompong.

Dari ulat jadi kepompong,
Hidup tidur dalam kepompong,
Sampai masa kepompong pecah,
Pomm....!!!
Jadilah rama-rama yang indah.

Rama-rama terbang merata,
Sungguh cantik aneka warna,
Hisap madu di pohon bunga,
Tapi sayang hidup tak lama. * (Ulang 3kali)

2. LATIH TUBI KATA HUBUNG


Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai. 

kerana           sementara       sambil            tetapi             lalu             agar            sejak


1.      Syakifi berdiri ________________ menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu Wong.
2.      Ibu mencedok sambal _____________________ abang membungkus nasi lemak.
3.      William mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air.
4.      Natasha suka makan ayam goring __________________ tidak suka makan sayur.
5.      Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar oleh kereta.
6.      Kita mestilah mejaga kebersihan ____________ kesihatan kita terjamin.
7.      Encik Steven cacat penglihatan ______________ terlibat dalam kemalangan.


1. LATIH TUBI KATA HUBUNG


Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

1.Dia bersiap-siap lebih awal ……………………. tidak lewat tiba di sekolah.

2.Encik Raihan memandu keretanya setiap hari ……………………. pejabatnya hanya dua meter dari rumahnya. 

3.Jalil didenda oleh pengetua ……………………. berkelahi dengan Osman.

4.Askar itu telah dinaikkan pangkat …………………….. berani menentang musuh. 

5.Bolehkan saya meminjam buku anda …………………….. anda tidak keberatan ? 

6.…………………ayahnya telah meninggal dunia lima tahun lalu, Azman masih terbayang-bayang akan wajahnya. 

7.……………………anda hendak berjaya dalam peperiksaan, ulang kajilah pelajaran anda setiap hari. 

8.Penyanyi kesayangan ramai itu ditahan pihak polis …………………….. disyaki mengedar dadah. 

9.Dia tetap merayu minta dikasihani …………………….. dia tahu usahanya itu sia-sia belaka. 

10. Mereka akan meneruskan projek itu seperti yang telah dirancangkan
    ………………….belum diluluskan pihak pengurusan.